Associazione Sportiva Roma atau lebih mudah disebut sebagai
Roma [ˈroːma], merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di
Rom, ibu negara Itali. Sejak ditubuhkan pada 1927, Roma telah bertanding di divisyen tertinggi Itali kecuali pada musim
1951–52 apabila mereka terpaksa bermain di divisyen kedua. Untuk musim ke-64 berturut-turut (keseluruhannya 83), Roma masih bermain di
Serie A untuk musim
2015-16.Roma telah merangkul kejuaraan Serie A sebanyak tiga kali iaitu pada musim
1941–42,
1982–83 dan
2000–01 selain memenangi tiga trofi
Coppa Italia dan dua gelaran
Supercoppa Italiana. Di peringkat Eropah, Roma memenangi
Piala Pameran Inter-Cities pada
1960–61 selain menjadi naib juara
Piala Eropah pada musim
1983–84 apabila tewas kepada
Liverpool. Bahkan, Roma turut tewas pada perlawanan akhir
Piala UEFA pada musim
1990–91 menentang
Internazionale dalam dua perlawanan. Oleh itu, Roma menjadi kelab keempat Itali memperoleh banyak kejuaraan di belakang
Juventus,
Milan dan Inter dan ia juga tergolong dalam "Tujuh Kelab Gergasi Itali".Roma bermain di
Stadio Olimpico sebagai venue tuan rumah selain berkongsi dengan musuh tradisi,
Lazio. Dengan memiliki kapasiti 72,000, stadium ini menjadi stadium kedua terbesar di Itali di belakang
San Siro. Pada September 2009, Roma melancarkan pembinaan
Stadio della Roma (kapasiti 55,000) di barat pinggir kota Rom. Reka bentuknya mengikut kepada stadium di England iaitu untuk memberikan penonton dari tempat duduk dapat melihat lebih dekat menghadap padang
[3][4] dan ia juga dikatakan diinsipirasi dari
Colosseum.
[5] Pada September 2011,
Thomas R. DiBenedetto diumumkan sebagai presiden baharu selepas mencapai rundingan dengan datuk bandar Rom, Gianni Alemanno dan dijangka stadium baru itu akan siap pada 2016.
[6]